Temuduga Secara Atas Talain Via Google Meet bagi Calon Jawatan Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Kesedar Jeram Tekoh

24 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Satu sesi temuduga secara atas talian Via Google Meet bagi calon Jawatan Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital Kesedar Jeram Tekoh telah diadakan pada 23 Februari 2021 iaitu pada hari Rabu. Seramai lapan orang calon yang di panggil bagi sesi temuduga semua calon hadir semasa sesi temuduga secara atas talain iaitu terdiri daripada seorang calon lelaki dan tujuh orang calon perempuan.Sesi temuduga bermula pada pukul 10.07 pagi dan berakhir pada pukul 12.35 tengahari. Sesi temuduga secara atas talian ini diadakan bagi tujuan mengelak perjumpaan secara fizikal serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sebelum sesi temuduga dimulakan,setiap calon perlu memastikan dokumen yang dikehendaki semasa sesi temuduga dibawa bersama.Seramai tiga orang panel temuduga terlibat dalam sesi temuduga atas talian iaitu terdiri daripada seorang panel MCMC, seorang panel daripada Maxis dan seorang panel daripada Nera .Sesi temuduga adalah mengikut turutan calon seorang demi seorang. Masa yang diperuntukkan kepada calon bagi setiap seorang adalah selama 20 minit. Calon diberi peluang untuk memperkenalkan diri dan menjawab soalan yang ditanya oleh panel. Selain itu juga, calon diberi peluang untuk bertanyakan soalan yang berkaitan kepada panel semasa sesi temuduga berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas