Kelas Ulangkaji Bahasa Melayu SPM

22 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat, 21 Januari 2022 telah berlangsung Kelas Ulangkaji Bahasa Melayu SPM. Pelajar yang menyertai kursus ini adalah seramai seorang pelajar perempuan sahaja. Kelas kali ini diajarkan oleh Pengurus PEDi Kesedar Jeram Tekoh. Kelas bermula jam 9.30 pagi dan tamat jam 11.30 pagi. Kelas kurang mendapat sambutan kerana ibubapa pelajar masih lagi takut untuk menghantar anak mereka untuk kelas secara bersemuka. Kelas dijalankan dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN. Pelajar juga telah selesai mengambil 2 dos vaksin.

Kelas yang dianjurkan adalah bertujuan memberi latihan ulangkaji Bahasa Melayu kepada pelajar berdasarkan silibus yang terkini. Pelajar diajar cara untuk membuat karangan umum dalam kertas 1 SPM . Pelajar juga diuji dengan soalan tatabahasa oleh pengajar. Sesi soal jawab juga diadakan diakhir sesi kelas sebelum kelas tamat. Pelajar juga berminat untuk mengikuti sesi kelas ekelas yang dianjurkan Maxis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas