Program Merdeka @ Komuniti Peringkat Dun Nenggiri

4 September 2022 | Aktiviti Terkini

Program merdeka @ Komuniti Peringkat Dun Nenggiri anjuran bersama pikah Gerakan Daya Wawasan, Pihak Jabatan Penerangan Malaysia yang diadakan pada hari Sabtu, 03 September 2022 bermula jam 7.30 pagi sehingga 2.00 petang. Peserta yang terlibat dalam program ini merupakan komuniti yang menetap di Kesedar Jaram Tekoh termasuk peneroka dan anak-anak peneroka Kesedar Jeram Tekoh. Program ini di jalankan di dewan serbaguna Kesedar Jeram Tekoh. Program bermula dengan aktiviti senamrobik pada jam 7.30 pagi di gelanggan futsal Kesedar Jeram Tekoh sehingga 8.00 pagi. Pada jam 8.00 pagi program disambung dengan acara sukaneka rakyat sehingga jam 2.00 petang dengan 15 acara sukanera disediakan untuk penyertaan komuniti untuk semua peringkat umur.

Progam ini merupakan program untuk meraikan hari kemerdekaan Negara yang ke-65 tahun pada tahun ini dan merapatkan ukhwah penduduk di sini termasuklah ukhwah antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bersama Komuniti Jeram Tekoh. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara komuniti dan menjaga kebersamaan yang kukuh supaya hubungan yang baik sentiasa terjalin. Progam ini turut di meriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat YB. Ab Aziz bin Yusoff yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri.

Antara sukaneka yang dianjurkan adalah seperti pertandingan panalti bola jaring, pertandingan panalti futsal, pertandingan boling padang, berebut kerusi, pertandingan mewarna anjuran Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan bayak lagi pertandingan yang menarik disediakan untuk penyertaan komuniti Jeram Tekoh. Program ini menyediakan hadiah untuk semua pertandingan dan juga hadiah untuk cabutan bertuah serta menyediakan makan tengahari kepada semua yang hadir memeriahkan program pada hari tersebut.

Di akhir program ini, pengajur membuat sesi cabutan bertuah dan pembahagian hadiah kepada pemenang serta sesi bergambar sebelum program selesai dan ucapan dri Yang Berhormat YB. Ab Aziz Yusoff sebagai perasmian dan penutup kepada program hari tersebut dan setelah itu bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas