Kelas Asas Pembikinan Logo Entrepreneurship (Canva)
4 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniDi dunia pemasaran sama kini banyak pengusaha-pengusaha mengeluarkan produk jenama tersendiri untuk perniagaan mereka. Namun terdapat segelintir pengusaha yang tidak mempunyai pengalaman dalam membuat atau mencipta logo mereka sendiri dan menggunakan khidmat designer professional dalam membantu membuat logo bagi produk atau perniagaan mereka.
Justeru itu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kesedar Jeram Tekoh mengambil inisiatif untuk melaksanakan Kelas Asas Pembikinan Logo Entrepreneurship melalui platform aplikasi Canva bagi tujuan membantu usahawan kecil bagi komuniti Kesedar Jeram Tekoh untuk mencipta logo tersendiri bagi perniagaan mereka, dan memantapkan kemahiran pemasaran berkesan untuk perniagaan secara online dan offline serta penggunaan tetapan media sosial ini melalui aplikasi canva yang digunakan oleh usahawan.
Kelas ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya dengan penyertaan seramai 2 orang peserta terdiri dari usahawan komuniti Kesedar Jeram Tekoh yang berlangsung selama 2 jam 30 minit dengan pelbagai modul. Seterusnya Terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir di bilik latihan Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: