Kelas Asas Pembikinan Facebook Page Besama Usahawan
10 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniSetiap usaha pasti ada hasilnya jika letakkan pemberat kejayaan. Dengan pengalaman, kepakaran, kemahiran dan nilai yang diterapkan melalui program yang dibina akan membina dan membawa kumpulan usahawan terutama dalam kalangan anak muda yang ingin berniaga ke satu peringkat yang lebih tinggi.
Dewasa ini terdapat banyak kaedah untuk pemasaran online yang berkesan. Untuk usahawan yang baru berjinak dalam perniagaan tentu sukar untuk melakukan aktiviti pemasaran jangka panjang dan pendek. Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memantapkan lagi kemahiran usahawan terutama dalam pemasaran produk mereka secara online dan secara offline.
Justeru itu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kesedar Jeram Tekoh mengambil inisiatif untuk melaksanakan Kelas Keusahawanan Muda (Cipta Poster Marketing) bersama usahawan muda di Kesedar Jeram Tekoh yang berminat untuk belajar bagai mana mencipta poster yang bertujuan untuk menarik pelanggan melihat produk-produk yang igin mereka pasarkan. Dan kelas ini mendapat sambutan daripada kalangan anak-anak muda yang baru ingin memulakan perniagaan dan kelas ini telah berjalan dengan lancar serta jayanya. Dengan penyertaan seramai 6 orang peserta terdiri dari usahawan muda komuniti Kesedar Jeram Tekoh yang berlangsung selama 2 jam dengan perlbagai modul dan mereka berjaya mencipta poster mengikut kreativiti mereka sendiri untuk produk mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: