Pertandingan Kuiz Sempena Bulan Ramadhan

9 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Juamaat, 08 April 2022 telah berlangsung Pertandingan Kuiz Sempena Bulan Ramadhan. Peserta yang menyertai kursus ini adalah seramai enam (6) orang yang merupakan anak–anak komuniti Kesedar Jeram Tekoh. Pertandingan ini di pantau oleh Pengurus PEDi Kesedar Jeram Tekoh. Pertandingan bermula jam 3.00 petang dan tamat jam 4.30 petang. Pertandingan ini mendapat sambutan daripada anak-anak komuniti disini kerana Kuiz ini dijalankan secara live menggunakan platform Quizizz.

Pertandingan ini dianjurkan adalah bertujuan memberi penerapan nilai-nilai murni dan mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka berkaitan dengan bulan Ramadhan. Selain itu,kuiz ini juga dapat menguji kecekapan ingatan peserta menjawab soalan mengikut masa yang telah ditetapkan untuk soalan kuiz yang disediakan.Di samping itu,kuiz ini juga dapat menarik minat peserta kerana dibekalkan hadiah kepada peserta.Di Akhir kuiz ,peserta yang mendapat markah tiga tertinggi diberi hadiah.Tidak lupa juga peserta yang mendapat markah rendah juga diberi hadiah saguhati bagi menghargai mereka menyertai kuiz ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas