Smart Quiz Mathematics
16 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu, 15 OCTOBER 2022 telah berlangsung Smart Quiz Mathematics bagi mengisi masa cuti anak-anak komuniti Kesedar Jeram Tekoh dengan aktiviti bermanfaat yang lebih kepada e-learning. Peserta yang menyertai kelas ini seramai 8 orang yang merupakan anak–anak komuniti Kesedar Jeram Tekoh. Kelas ini dipantau oleh Penolong Pengurus PEDi Kesedar Jeram Tekoh dan bermula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Pertandingan ini mendapat sambutan daripada anak-anak komuniti disini kerana Kuiz ini dijalankan secara live menggunakan platform Quizwhizzer.
Pertandingan ini dianjurkan adalah bertujuan untuk belajar asas matematik dengan cara yang berbeza dan dapat menarik minat anak-anak komuniti Kesedar Jeram Tekoh untuk belajar dan mengetahui sejauh mana tahap penguasaan matematik mereka. Selain itu, kuiz ini juga dapat menguji kecekapan ingatan dan penguasaan pelajar menjawab soalan mengikut yang telah ditetapkan. Di samping itu, kuiz ini juga dapat menarik minat peserta kerana cara untuk menjawab soalan adalah seperti ‘Game Walkthrough’ yang perlu disiapkan ‘step by step’.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: