Kelas Asas Shopee PEDi Kesedar Jeram Tekoh

11 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital Kesedar Jeram Tekoh telah mengadakan satu kelas Shopee bagi memberi penerangan kepada usahawan setempat yang ingin belajar menggunakan aplikasi Shopee bagi mengembangkan perniagaan mereka secara atas talian. Seramai 3 orang usahawan telah datang ke Pusat Ekonomi Digital Kesedar jeram Tekoh. Usahawan yang hadir telah diberi penerangan oleh Pengurus PEDi Kesedar jeram Tekoh iaitu Cik Anis mengenai perisian Shopee. Kelas asas ini berlangsung selama 2 jam 30 minit dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

Di samping itu, ada juga beberapa usahawan telah mendatfar pada hari tersebut dan menggunakan ilmu yang diberikan kepada mereka. Mereka juga telah dilatih bagaimana ingin menyunting beberapa perkara asas seperti kos penghantaran dan penggunaan kod diskaun bagi kedai mereka. Pembuka kelas asas bagi tahun 2023 siri 1 ini telah menarik minat pelbagai pihak dan masyarakat setempat kerana kejayaan ramai usahawan pada tahun 2022 yang berjaya mengembangkan perniagaan mereka dan membantu meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas