Majlis Berbuka Puasa (Iftar) Di Madrasah RKT Kesedar Jeram Tekoh

11 April 2023 | Aktiviti Terkini

Majlis berbuka puasa bersama komuniti Kesedar Jeram Tekoh Dun Nenggiri anjuran bersama pikah Madrasah, yang diadakan pada hari isnin, 10 april 2023 bermula jam 6.00 petang sehingga 10.00 malam. Majlis bermula dengan kehadiran penduduk kampung dan taskirah mengenai “ Kebaikan Membayar Zakat untuk umat Islam” yang disampaikan oleh Iman Mukim Jeram Tekoh sambil menunggu waktu berbuka puasa. Selepas selesai majlis berbuka, penduduk kampung mendirikan solat magrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Yasin serta dilanjutkan dengan majlis taskirah magrib sementara menunggu waktu solat isyak dan solat tarawih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas