Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PEDi Kesedar Jeram Tekoh

21 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

PEDi Kesedar Jeram Tekoh, 20 Mei 2023 - Bersempena dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri, Pusat Ekonomi Digital Kesedar Jeram Tekoh telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 dengan tema “Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri” dalam suasana meriah dan penuh dengan keceriaan di perkarangan PEDi Kesedar Jeram Tekoh pada hari ini.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak terutam komuniti RKT Kesedar Jeram Tekoh kepada PEDi selama ini untuk mengecapi objektif yang ditetapkan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat muhibah antara satu sama lain dalam perayaan yang cukup bermakna ini. Majlis yang pada hari ini berjalan dengan lancar dan meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu yang terdiri dari komuniti tidak mengira lapisan umur dan turut menhadiri Panel Penasihat PEDi yang selama ini turut membantu memberi pendedahan kepada komuniti berkaitan PEDi dalam apa jua program yang dilaksanakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas